Selasa, 06 Juli 2010

YESUS ADALAH NABI ALLAH, LALU SIAPA PAULUS?? (part 1)


YESUS ADALAH NABI ALLAH, LALU SIAPA PAULUS??

Berkaitan dengan Nabi Isa (Jesus), saya telah nyatakan sebelum ini bahwa sebagai umat Islam kita percaya Nabi Isa adalah seorang utusan Allah dengan membawa ajaran tauhid untuk mengajak umat manusia kepada penyembahan Allah yang Maha Esa semata-mata dan menghapuskan syirik kepadaNya sama seperti nabi-nabi yang lain. Sebagai umat Islam, kita juga percaya bahawa Nabi Isa telah dikurniakan sebuah kitab iaitu Injil sebagai panduan kepada umatnya.

Nabi Isa telah menyampaikan dakwahnya kepada sepertimana yang diperintahkan Allah kepadanya dan kepada nabi-nabi yang lain. Namun, Nabi Isa telah ditentang oleh umatnya dari kalangan orang Yahudi khususnya golongan Rabai atau alim ulama Yahudi karena merasa kedudukan mereka terganggu. Hal ini juga berlaku kepada nabi-nabi yang lain semasa menyampaikan agama tauhid ini (Islam) kepada umat manusia.

Disebabkan rasa tergugat golongan Rabai atau alim ulama Yahudi ini, maka mereka telah melemparkan fitnah terhadap Nabi Isa dan berkompromi dengan pemerintah pada masa itu untuk menangkap dan membunuh Nabi Isa. Tetapi, Allah telah menyelamatkan Nabi Isa dengan cara mengubah wajah salah seorang pengikut Nabi Isa iaitu Yudas Eskariot sama seperti Nabi Isa.

Yudas Eskariot akhirnya disalib dan Nabi Isa diselamatkan oleh Allah dengan mengangkatnya ke langit. Pengikut-pengikut Nabi Isa terus berusaha menyampaikan ajaran tauhid (Islam) seperti yang mereka terima daripada Nabi Isa. Namun malangnya, seorang yang bernama Paulus atau Saulus telah berjaya mengubah ajaran Nabi Isa seperti yang ada pada hari ini.


SIAPA PAULUS DAN SIAPA YANG TELAH MENGUBAH INJIL??

Barangkali ada yang tertanya-tanya, siapa yang bertanggungjawab atas semua perubahan dan penyelewengan terhadap ajaran agama yang dibawa oleh Nabi Isa as (Jesus)? Orangnya tidak lain dan tidak bukan ialah St Paul atau Paulus atau Saulus (Galatia 5:2). Siapa St Paul ini? Dari mana kita nak dapatkan maklumat tentang tokoh yang amat berpengaruh ini? Sebenarnya St Paul sendiri banyak menceritakan kisahnya dalam banyak tempat dalam Kitab Perjanjian Baru khususnya di dalam Kisah Para Rasul dan 13 surat-suratnya.

Paulus adalah seorang yahudi yang lahir di Tarsus di Tanah Kilikia (Kisah 22:3), berketurunan Farisi (Filipi 3:5), beliau sebenarnya bukan salah seorang dari 12 pengikut awal Nabi Isa as (Jesus), bahkan dia adalah penentang kepada ajaran yang dibawa oleh Nabi Isa as (Jesus) sehinggalah Nabi Isa as (Jesus) tiada. St Paul sebenarnya tidak pernah bertemu dengan Nabi Isa as semasa hayatnya. Menurut Lukas penulis Kisah Para Rasul, dia pernah terlibat dalam pembunuhan syahid pertama yang memperjuangkan ajaran Nabi Isa as (Jesus) iaitu Stephanus.

Penentangannya terhadap pengikut Jesus diceritakan oleh beliau sendiri antaranya di dalam Kisah Para Rasul (22:1-5).

Paulus mendakwa dia telah dipilih oleh Tuhan sejak dari kandungan lagi Galatia (1:15).

Pembunuhan Stephanus Kisah Para Rasul, (7:54-60) dan (8:1).

Paulus menentang ajaran Nabi Isa as Kisah Para Rasul (8:1-3).

Kebenciannya terhadap ajaran yang dibawa oleh Nabi Isa as (Jesus) sangat jelas melalui gambaran-gambaran yang dilukiskannya dalam Perjanjian Baru. Dia hanya bertemu dengan Nabi Isa as dalam mimpi dan visi menurut dakwaannya di dalam Kisah Para Rasul (9:3-7), (22:6-10), (26:12-18).

St Paul mendakwa dipilih menjadi salah seorang rasul dalam pertemuan ajaib ini. Yang menghairankan dia bukan sahaja menjadi salah seorang rasul tetapi dia lah yang menjadi tunggak kepada ajaran yang dibawa oleh Jesus. Sebagai buktinya surat-surat Paul yang berjumlah 13 surat yang diutus oleh Paul ke beberapa tempat dijadikan sebahagian dari kandungan Al-Kitab atau Bible. St Paullah yang bertanggungjawab mengubah ajaran yang telah dibuat oleh Jesus.

Dakwaan tanpa bukti adalah satu fitnah, maka saya akan menunjukkan bukti-bukti peranan Paulus dalam mengubah bible pada edisi yang berikutnya....

1 komentar:

  1. salam.boleh bantu saya.dimana ada rujukan untuk paul o saulus nie,.sy nk buat kajian..

    plez inform men:
    mohd idzwan bin suludin
    013 2507371
    idzwan.suludin@gmail.com

    BalasHapus